Pembangunan Clannad (permainan)

Pembantu penerbit siri Clannad ialah Takahiro Baba daripada Visual Art's, syarikat penerbitan yang mengendalikan syarikat Key; Baba juga merupakan pembantu penerbut siri Air.[6] Jun Maeda, yang juga merupakan di antara tiga penulis senario utama disamping Kai dan Yūichi Suzumoto, telah mengetuai perancangan untuk judul Clannad.[7] Bantuan senario dihulurkan oleh Tōya Okano.[7] Itaru Hinoue, yang juga telah membantu dalam rekaan watak-watak, mengetuai arahan seni.[7] Miracle Mikipon, Mochisuke, Na-Ga serta Shinory telah menjadi penyumbang kepada grafik komputer. Torino membekalkan seni latar belakang. Muzik secara dasar pula digubah oleh Shinji Orito dan Magome Togoshi.[7] Empat daripada kakitangan Key-Kai, Miracle Mikipon, Tōya Okano dan Torino-meninggalkan syarikat tersebut setelah siri Clannad lengkap diterbitkan.

Sejarah keluaran

Clannad, pada asalnya dikeluarkan pada tanggal 28 April, 2004 sebagai sebuah edisi terhad, hanya diterbitkan untuk PC sahaja, dalam format DVD-ROM. Edisi biasanya dijual kurang daripada dua bulan kemudiannya pada 6 Ogos, 2004 pada harga yang sama dengan edisi terhad; kedua-dua edisi tersebut tidak mempunyai rakaman suara untuk watak-wataknya.[8] Sebuah pengalihan pengguna dilakukan untuk judul tersebut, rekaan Interchannel buat konsol PlayStation 2 pada tangal 23 Februari, 2006.[9] Rakaman suara penuh (kecuali Tomoya Okazaki) telah diperkenalkan untuk versi PlaySTation 2 tersebut.[9] Sebuah versi alihan, yang boleh dimainkan dalam telefon bimbit SoftBank 3G dan FOMA ciptaan Prototype, menerusi Visual Art's Motto dikeluarkan pada 16 Januari, 2008.[10] Sebuah versi untuk komputer yang disertakan dengan rakaman suara penuh bergelar Clannad Full Voice dikeluarkan pada 29 Februari, 2008.[11][8] Versi ini mengandungi grafik komputer yang diperbaharui,[8][11] dan pelakon suara latar buat versi PlayStation 2 tidak diubah; watak Tomoya masih tidak dirakamkan suara.[12] Prototype turut juga menghasilkan sebuah versi untuk PlayStation Portable yang dikeluarkan pada 29 Mei, 2008 yang mengandungi bahan tambahan daripada versi Clannad Full Voice untuk PC.[13][14][15] Sebuah lagi judul alihan yang dihasilkan untuk konsol Xbox 360 dikeluarkan pada 28 Ogos, 2008, dan mempamerkan rakaman suara penuh buat watak-wataknya (mengecualikan watak utamanya, Tomoya).[16] Versi Xbox 360 menggunakan Xbox Live untuk mengedarkan fail-fail suara daripada CD Drama Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over yang juga dikeluarkan oleh Prototype.[16] Keluaran edisi terhad untuk kedua-dua versi Xbox 360 dan PSP disertakan bersama-sama sebuah edisi digest siri CD Drama yang dikeluarkan oleh Prototype, mengandungi lima buah cerita yang berasingan dalam setiap satu; CD yang disertakan dengan keluaran PSP adalah berbeza daripada CD yang disertakan dengan versi Xbox 360.[16][13]

Rujukan

WikiPedia: Clannad (permainan) http://61.199.33.219/games/info/visual/key/clannad... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2006-03-25/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-12-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-02-29/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-16/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-20/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl...